Chapter 8

Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Sejarah dan sistem pemerintahan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis — dengan latihan interaktif.

This topic isn't available in this language yet — showing the original version.

Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis mempunyai sejarah dan sistem adat yang tersendiri.

Kedah dan Perlis

Kedah ialah antara kerajaan tertua di Semenanjung, berkesinambungan daripada Kedah Tua/Lembah Bujang, dengan salasilah dirakam dalam "Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah". Pemerintah pertama memeluk Islam ialah Sultan Muzaffar Shah. Kedah sering menghadapi ancaman Siam dan menghantar bunga emas sebagai ufti. Perlis berpisah daripada Kedah dan menjadi negeri berasingan di bawah Raja Syed Hussain Jamalullail pada 1843.

Negeri Sembilan dan Kelantan

Negeri Sembilan unik kerana mengamalkan Adat Perpatih (bersifat matrilineal) yang dibawa oleh penduduk Minangkabau, dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Besar (pertama: Raja Melewar, 1773). Kelantan pula mempunyai hubungan lama dengan Funan/Srivijaya dan kesultanan Melayu yang berpanjangan.

Ingat

  • Kedah antara tertua; hantar bunga emas kepada Siam.
  • Negeri Sembilan: Adat Perpatih (matrilineal, Minangkabau); Raja Melewar 1773.
  • Perlis pisah dari Kedah 1843 (Raja Syed Hussain Jamalullail).

Stuck on this topic? A verified JomKelas tutor can walk you through it.

Find a verified tutor