Foto ialah sumber maklumat geografi yang menunjukkan keadaan sebenar sesuatu kawasan.
Foto boleh diambil secara mendatar, condong atau menegak (dari udara). Tafsiran foto melibatkan pengecaman pandang darat fizikal dan budaya, serta menganggarkan kedudukan latar depan, latar tengah dan latar belakang.
Ingat
- Jenis foto: mendatar, condong, menegak (udara).
- Tafsir foto: kenal pasti pandang darat fizikal & budaya.