Kepentingan sejarah
Mempelajari sejarah memberikan pelbagai faedah kepada individu dan negara:
- mendapat iktibar dan pengajaran daripada peristiwa lampau
- memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara
- mengukuhkan jati diri dan identiti bangsa
- memupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum
Idea utama
Sejarah penting untuk mendapat iktibar, memupuk semangat patriotik, mengukuhkan jati diri dan memupuk perpaduan rakyat.
Ingat
Iktibar bermaksud pengajaran yang boleh dijadikan panduan pada masa hadapan.