Faktor kesedaran kemerdekaan
Beberapa faktor mendorong kesedaran rakyat untuk menuntut kemerdekaan:
- penentangan terhadap Malayan Union yang mencetuskan semangat nasionalisme
- pengaruh kemerdekaan negara luar seperti India dan Indonesia
- peranan akhbar dan majalah menyemarakkan semangat kebangsaan
- keinsafan rakyat semasa pendudukan Jepun
Peranan pertubuhan
Pertubuhan politik seperti UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 memainkan peranan penting menyatukan orang Melayu dan seterusnya bekerjasama dengan kaum lain menuntut kemerdekaan.
Idea utama
Penentangan Malayan Union, pengaruh luar dan peranan akhbar serta pertubuhan politik membangkitkan kesedaran rakyat untuk menuntut kemerdekaan.
Ingat
Kerjasama pelbagai kaum menjadi syarat penting yang ditetapkan British sebelum kemerdekaan diberikan.