Parti politik utama
Beberapa parti politik ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan kaum dan kemerdekaan:
- UMNO (1946) dipimpin Dato Onn Jaafar, kemudian Tunku Abdul Rahman
- MCA (1949) dipimpin Tan Cheng Lock
- MIC (1946) mewakili masyarakat India
- IMP dan Parti Negara ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar
Penubuhan Parti Perikatan
Pada tahun 1952, UMNO dan MCA bekerjasama dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur dan menang besar. Kerjasama ini berkembang menjadi Parti Perikatan apabila MIC menyertainya pada tahun 1955.
Idea utama
Gabungan UMNO, MCA dan MIC membentuk Parti Perikatan yang menjadi wadah perpaduan pelbagai kaum menuntut kemerdekaan.
Ingat
Kejayaan UMNO-MCA dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur 1952 membuktikan formula perpaduan kaum berkesan.