Pembentukan kabinet
Selepas kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955, sebuah kabinet dibentuk dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Kabinet ini terdiri daripada ahli pelbagai kaum.
Peranan kabinet
- menguruskan pentadbiran negara sebagai persediaan berkerajaan sendiri
- membuat dasar dan keputusan penting
- berunding dengan British untuk menuntut kemerdekaan
Idea utama
Kabinet pertama yang diketuai Tunku Abdul Rahman menguruskan pentadbiran negara dan berunding menuntut kemerdekaan daripada British.
Ingat
Kabinet pertama membuktikan rakyat tempatan pelbagai kaum mampu mentadbir negara sendiri.