Perjanjian 1957
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan kerajaan British. Perjanjian ini menggantikan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan menjadi asas kepada pembentukan negara merdeka.
Isi kandungan penting
- Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957
- mengandungi sembilan buah negeri Melayu dan dua Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka)
- pemerintahan beraja berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara
Idea utama
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas undang-undang kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan sistem raja berperlembagaan.
Ingat
Perjanjian 1957 menggantikan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.