Pencapaian dasar
DEB dan DPN mencapai pelbagai kejayaan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara:
- kadar kemiskinan menurun dengan ketara
- peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat
- guna tenaga yang lebih seimbang antara kaum dalam pelbagai sektor
- pembangunan infrastruktur dan perindustrian yang pesat
- perpaduan dan keharmonian kaum yang lebih kukuh
Idea utama
DEB dan DPN berjaya menurunkan kadar kemiskinan, meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dan mengimbangi guna tenaga antara kaum.
Ingat
Pencapaian DEB dan DPN turut memperkukuh perpaduan dan keharmonian kaum.