Perpaduan dan integrasi
Perpaduan ialah penyatuan rakyat pelbagai kaum manakala integrasi nasional ialah proses menyatukan pelbagai kelompok masyarakat dan wilayah menjadi satu bangsa.
Usaha memupuk perpaduan
- penggubalan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru
- satu sistem pendidikan kebangsaan
- penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Rukun Tetangga
- sambutan perayaan pelbagai kaum dan Rumah Terbuka
Idea utama
Perpaduan dan integrasi nasional dipupuk melalui Rukun Negara, DEB, sistem pendidikan kebangsaan dan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara.
Ingat
Integrasi nasional penting untuk menyatukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak menjadi satu bangsa Malaysia.