Suruhanjaya Reid
Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan Lord Reid pada tahun 1956. Suruhanjaya ini mengumpul pandangan pelbagai pihak melalui memorandum.
Proses penggubalan
- Suruhanjaya Reid menyediakan draf perlembagaan (1957)
- draf disemak oleh Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, Perikatan dan British
- perlembagaan diluluskan dan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957
Idea utama
Perlembagaan digubal oleh Suruhanjaya Reid (1956), disemak oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan pada 1957.
Ingat
Suruhanjaya Reid menerima hampir 130 memorandum daripada pelbagai pihak sebelum menyediakan draf.